Bulan Zulhijjah-Penutup Segala Bulan

Posted by nurjannatul zahra Thursday, November 26, 2009 0 comments


Assalamualaikum wbt dan salam Eid Adha...
Alhamdulillah, syukur kupanjatkan seinfiniti mugkin kepada Allah SWT kerana masih lagi dibenarkan untuk bernafas di bumi yang fana ini. Selawat serta salam kepada Nabi SAW, kaum kerabat, sahabat-sahabat baginda, para tabii, tabiin, dan juga pejuang-pejuang agama Islam...

Hari ini, merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat Islam khususnya. Kerana daripada peristiwa inilah, yang menyebabkan terjadinya Sambutan Hari Raya Eid Adha. Sepertimana yang kita semua ketahui, pengorbanan seorang ayah, yang juga merupakan seorang Nabi, sanggup mengetepikan perasaan kasih dan sayangnya kepada anaknya, semata-mata untuk memenuhi syariat Allah SWT. 10 Zulhijjah merupakan tarikh yang sangat bersejarah bagi umat Islam.

Namun, adakah kita betul-betul mengetahui apakah maksud dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Zulhijjah?? Dan apakah kelebihan bulan ini tersendiri berbanding bulan-bulan yang lain? Artikel kali ini, ana akan menelusuri dengan lebih mendalam lagi mengenai bulan Zulhijjah ini dan fadilat dalam bulan terakhir bagi kalendar Hijri ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada post kali ini.

Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang termasuk dalam empat bulan haram dalam Islam. Seperti yang tercatat dalam al Quran nur Karim, dalam surah at-Taubah, ayat 36.

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرً۬ا فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآأَرۡبَعَةٌ حُرُمٌ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ‌ۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيہِنَّ أَنفُسَڪُمۡ‌ۚ وَقَـٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ كَآفَّةً۬ ڪَمَايُقَـٰتِلُونَكُمۡ ڪَآفَّةً۬‌ۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ

Lo! the number of the months with Allah is twelve months by Allah's ordinance in the day that He created the heavens and the earth. Four of them are sacred: that is the right religion. So wrong not yourselves in them. And wage war on all of the idolaters as they are waging war on all of you. And know that Allah is with those who keep their duty (unto Him). (36)

Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji kerana ibadah haji ditunaikan di dalam bulan berkenaan. Amalan haji ini telah dipelopori oleh Nabi Allah, Nabi Ibrahim AS dan diteruskan oleh keturunan Nabi Ismail AS sehinggalah pada zaman Nabi SAW. Pada ibadah haji itu, acara kemuncaknya pada 9 Zulhijjah, iaitu tempat berhimpunnya semua umat manusia di padang Arafah, semata-mata untuk mendambakan marthotillah.
Pada permulaan bulan Zulhijjah, terdapat banyak kelebihan yang perlu segera kita rebut bagi sesiapa yang mengharap keampunan daripada Allah SWT.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.

Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.


Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.
(Sumber : PORTAL MUFTI NEGERI TERANGGANU)

Terdapat banyak peristiwa yang penting dalam bulan Zulhijjah ini. Kebanyakan antara kita, apabila ditanya apakah peristiwa yang bersejarah bagi bulan Zulhijjah, yang terlintas di pemikiran kita hanyalah peristiwa pengorbanan perasaan kasih dan sayang Nabi Ibrahim kepada anaknya, Nabi Ismail, hanya untuk membuktikan cinta Baginda pada Allah SWT. Namun, kita mungin terlepas pandang pada lain-lain peristiwa penting bagi umat Islam juga. Mari kita telusuri peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Zulhijjah ini.

Antara peristiwa-peristiwa bersejarah dalam bulan Zulhijjah :
1. Nabi Muhammad s.a.w. membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam. Di sana Baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan Baginda menjadi nabi.

2. Peristiwa Baiah al-Aqabah (perjanjian setia al-Aqabah) pada tahun ketiga belas selepas pelantikan Baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan dua wanita daripada kaum Aus dan Khazraj.


3. Peperangan as-Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w. keluar mengekori kumpulan Abu Syaban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh Baginda.


4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi al-Arjak.


5. Kelahiran Ibrahim, putera Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah al-Qibtiyah.


6. Pada tahun kesepuluh Hijrah, nabi s.a.w. mengerjakan ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada. Di sana Baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.


7. Abu Bakar as-Siddiq mengerjakan ibadah haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w. pada tahun 12 Hijrah.


8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah al-Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.


9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Syaban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi Arabah di Palestin.


10. Pada tahun 23 Hijrah, Amir al-Mukminin Umar bin al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Luluah al-Majusi.


11. Pelantikan Uthman bin Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis mesyuarat Syura yang ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.


12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.
(Sumber : Muslim Diary)

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita untuk memuliakan bulan ini adalah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;

HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAH kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Amalan Di Bulan Zulhijjah

HARI
AMALAN
1 hingga 9 Zulhijjah Sunat berpuasa
8 Zulhijjah Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
  • Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
  • Solat sunat qabliyah asar
  • Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
  • Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
  • Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
  • Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
  • Solat sunat tasbih
  • Solat sunat hajat
  • Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
  • 10 Zulhijjah
    Hari Raya Haji/Korban
    Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
    Melakukan korban
    11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
    29 atau 30 Zulhijjah Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

    (Sumber : http://www.angelfire.com/journal/suluk/zulhijah1.htm)

    Jadi, walaupun hari-hari dalam bulan Zulhijjah sudah berlalu, namun dalam kesempatan masa yang ada ini, cubalah kita merebut peluang keemasan itu dengan sisa-sisa masa yang ada lagi ini. Janganlah kita membuang masa kerana Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita dalam surahtul Asr.

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    وَٱلۡعَصۡرِ وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

    In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

    By the declining day, (1) Lo! man is a state of loss, (2) Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. (3)



    Ana harap, sedikit pengisian untuk kali ini, membuka fikiran kita dan terus merebut peluang yang berada di depan mata kita. Grab the opportunities unless you will regret in the future. Open up our eyes, heart and mind to learn something new. InsyaAllah, Allah will make our work become more easy if we help His religion. We need Islam but Islam do not need us. Think propperly about this statement.

    Ana rasa cukuplah untuk kali ini perkongsian ana. Jika ada masa sedikit, dan bekalan access yang mencukupi, insyaAllah, ana akan post artikel yang lebih hangat lagi. Marilah kita berusaha mencari CINTA yang hakiki... =)

    Wallahu 'alam...

    Wassalam...

    Imam Ghazali : Ilmu tanpa amal adalah gila, amal tanpa ilmu adalah sia-sia.




    KASIH IBU...

    Posted by nurjannatul zahra Tuesday, November 10, 2009 2 comments


    Assalamualaikum wbt...
    Alhamdulillah... Syukur kupanjatkan kepada Ilahi kerana masih lagi dipanjangkan umur dan bernafas di dunia ini. Tidak dilupakan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar, Baginda Rasullullah SAW, para sahabat, tabii, tabiin serta pejuang Islam di luar sana yang tidak mengenal erti berputus asa.
    Rasa rindu pula untuk berkarya... Selepas melihat para sahabat tidak putus-putus memaparkan pelbagai post baru.. Hati ini juga tertarik dan terdetik, "Bila la aku nak posting baru lk nie? Asyik jeles ja tgk sahabat-sahabat." Ana tersenyum sendirian dengan gomelan ini.

    Ya Allah...
    HambaMu ini terlalu rindukan kampung halaman.. Mama abah yang sentiasa menyokong dan mendokong diri ini, walau macam mana pun diri ini tersungkur jatuh.. Mereka telah banyak bersusah payah untuk ana dan adik-beradik ana..

    Wahai sahabat/ah,
    Insafilah diri kita dan renungkanlah kembali dosa-dosa yang telah kita lakukan kepada mereka. Kita telah menyusahkan mereka sejak kita berada di dalam kandungan ibu kita. Cubalah kita renung seketika dengan video yang akan dipaparkan ini. Cuba kita selami pengorbanan dan penderitaan seorang ibu demi kasih kepada anaknya.

    p/s : Video ini tidak sesuai ditonton kepada sesiapa yang lemah semangat, perempuan mengandung dan sesiapa yang mempunyai penyakit lemah jantung. Harap maklum.



    Wahai sahabat/ah...
    Bagaimana kita nak dapatkan CINTA kalau kita "fail" bercinta dengan ibu bapa kita, yang sentiasa berada dan bersama-sama dengan kita. Kita tahu bahawa "Keredhaan Allah itu terletak pada Keredhaan Ibu Bapa", namun kita sentiasa menyakitkan hati mereka, melayan mereka lebih teruk daripada layanan kita kepada sahabat? Adakah itu adil bagi seorang ibu yang telah banyak menderita dan menangis gara-gara ingin melahirkan kita ke dunia aini? Inikah cara kita nak membalas jasa mereka?

    Wahai sahabat/ah..
    Selagi mana ibu bapa kita masih lagi di dunia ini, kita kena rebut peluang sebaik mungkin untuk menyenangkan hati mereka. Kita kena cuba sebaik mungkin membahagiakan mereka. Rebutlah peluang keemasan ini. Supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Mohon ampunlah kepada mereka terutamanya ibu, yang terlalu "sakit" untuk membesarkan kita.

    Mudah-mudahan, kita tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh yang dapat menyedekahkan doa kepada ibu bapa kita apabila mereka tidak lagi berada di muka bumi Allah SWT ini. Kalau kita rasa kita belum lagi menjadi anak yang soleh, cubalah berusaha sebaik mungkin kerana "Syurga itu terletak di telapak kaki Ibu". (bukan nak lihat syurga dengan angkat kaki ibu kita di rumah ya)


    Mama dan abah yang sentiasa cun n hensem
    Tima kasih & anakmu sentiasa menyayangimu

    Wallahu'alam...

    PERJUANGANKU SEKELUMIT KUMAN

    Posted by nurjannatul zahra Tuesday, November 3, 2009 2 comments

    Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah fillah...

    Alhamdulillah, dalam kesibukan menelaah pelajaran kerana berada dalam minggu exam, namun diri ini betul-betul memanjatkan tanda kesyukuran yang tidak berbelah bagi kepada Yang Maha Esa, kerana dengan izinNya, ana dapat meneruskan karya dan dakwah ana dalam media massa ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat Baginda, para sahabat, tabie, tabiien dan saudara-saudara Islam yang tidak putus-putus menitiskan peluh di medan perjuangan ini.
    Perjuangan yang kita pilih ini bukanlah perkara yang mudah untuk diperjuangkan. Terdapat banyak mehnah dan tribulasi sepanjang melangkah dalam arena ini. Namun, hanya orang-orang yang istiqamah dengan perjuangan mampu melayari bahtera jihad ini. Semoga kita berda dalam kalangan orang-orang yang thiqah dengan perjuangan ini.

    Siapakah manusia yang paling berani membela Nabi Muhammad SAW??

    Pada suatu hari Ali bin Abi talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan khalifah berkata,“Hai kaum Muslimin, siapakan orang yang paling berani?”Jawab mereka,“Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin.”Kata Ali,“Orang yang paling berani bukan aku tetapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemani Nabi SAW dalam gubuk itu dan menjaga baginda dari serangan kaum musyrik! Di saat itu tidak ada seorang pun yang bersedia selain Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya dihadapan Rasulullah untuk membunuh sesiapa sahaja yang mendekati gubuk Rasulullah SAW. Itulah orang yang paling berani.

    Pada suatu hari pernah juga aku saksikan ketika Rasulullah SAW sedang berjalan di Kota Makkah, datanglah orang musyrik sambil menghalau baginda dan menyakiti baginda dan mereka berkata,“Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan?”Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Rasullulah SAW selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata,“Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan ALLAH?”Kemudian Saidina Ali sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian beliau berkata,“Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik dari Abu Bakar?”Semua jemaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya,“Demi ALLAH, sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada dengan orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepenuh dunia, kerana orang yang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya.

    IBRAH BAGI KISAH INI ADALAH :

    Lihat Saidina Abu Bakar As Siddiq, beliau membela Rasulullah di waktu hampir semua masyarakat Makkah menyakiti dan memusuhi baginda, dengan pembelaan yang semata-mata kerana ALLAH SWT. Adakah wujud orang sebegini di zaman ini? Masih adakah orang yang sanggup berhadapan dengan segala dugaan demi mempertahankan sunnah Rasul dan Al Quran di akhir zaman ini?

    Atau, kita tertipu dengan nama perjuangan atau jihad di sini? Senang ja melontarkan kata-kata sebegini, "Kita mesti lakukan yang terbaik untuk Islam" tapi dalam masa yang sama, kita telah mencalar nama baik Islam dengan perlakuan dan sikap kita yang kadang-kadang tidak mengambarkan orang Islam. Ya... Kita orang Islam sebab dalam i/c kad, agama yang tercatat di situ adalah agama Islam. Namun, adakah kita tergolong dalam kumpulan yang beriman dan bertakwa kepada Allah? Seorang muslim dan mukmin?

    Kini, gelodak yang menyubungi anak-anak remaja adalah gelodak percintaan atau nama yang lebih sedap lagi bercouple. Jika kita turun ke bandar, rata-rata remaja dilihat berpimpin tangan ke hulu ke hilir. Mungkin takut ada orang culik kot. Maklum la, dunia sekarang ini bukan lagi selamat seperti sebelum ini. Wahai sahabat/ah sekalian, apakah yang kita lakukan apabila melihat situasi ini? Kita "jelik" dan benci melihat perbuatan itu, kita mencaci mereka, "mengejek" mereka dan pelbagai lagi. Namun, adakah itu perbuatan yang Islam ajar selama in? Adakah ini ciri-ciri seorang daie? Ingatlah kembali kepada niat kita untuk berjihad iaitu mengamalkan Islam secara syumuliyyah berpandukan al Quran dan as Sunnah untuk diri dan juga mewujudkan masyarakat muslim selain ingin meraih CINTA hakiki, marthotillah. Seharusnya, kita yang memahami erti perjuangan cuba mengajar saudara-saudara kita untuk lebih mendalami Islam. Bukannya kita membiarkan perkara itu berlalu begitu saja. Dan jangan pula kita membanggakan diri dengan apa yang telah kita lakukan. "Perjuanganku sekelumit kuman". Kalau kita melakukannya hanya untuk mendapat perhatian umum, kita boleh memperolehnya. Tapi, untuk sementara saja. Namun bekalan untuk ke sana, tidak pun dianggap sebagai ibadah kerana ada sedikit perasaan riak di hati. Ingatlah, pandangan Allah itu yang perlu kita titikberatkan.

    Wahai sahabat/ah sekalian, bantulah agama Allah ini. Islam tidak memerlukan kita tapi kita yang memerlukan Islam.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu"(Muhammad, 47:7)

    Kepada suma sahabat/ah ana yang sedang berjihad dengan minggu exam ini, teruskanlah perjuangan antum antunna suma. Buat yang terbaik untuk Islam, bukannya untuk kepentingan diri kita. Tips untuk berjaya adalah DUIT (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal). Semoga kita berjaya dalam peperiksaan di dunia ini dan juga yang lebih penting lagi adalah peperiksaan di akhirat nanti. Aminnnn... Teruskanlah perjuanganmu, wahai para daie'.

    Cukuplah nukilan ana untuk kali ini. InsyaAllah, jika Allah bagi ana sedikit kelapangan masa, ana akan terus coretkan perkongsian ilmu yang tidak seberapa dalam medan blog ini. Kepada suma pembaca nukilan ana, doa-doakanlah kejayaan ana dalam peperiksaan Final Sem 3 ini ya. Doa itu merupakan senjata orang mukmin yang tidak ternilai harganya.

    Akhir kalam, assalamualaikum wbt... salam imtihan... =)

    Imam Nawawi: “Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu”

    About Me

    My Photo
    nurjannatul zahra
    Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
    View my complete profile