Perjuangan Ku Semakin Sukar....

Posted by nurjannatul zahra Wednesday, February 10, 2010 0 comments

Assalamualaikum wbt dan salam sayang keranaNya....

Syukur kupanjatkan kepada Kuasa yang Tertinggi, kerana Dialah saya masih lagi bernyawa di bumi yang fana ini...alhamdulillah... Selawat serta salam kepada KekasihNya, Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi, tabiien, serta mujahid mujahidah yang berlimpangan di dunia ini, berjuang semata-mata untuk mendapat mardhotillah...

Pertama sekali, diri saya rasa begitu bersalah kerana sudah lama tidak membuat posting baru. Diri ini agak terkejar-kejar dengan urusan dunia yang tak pernah selesai. Mungkin, ada di kalangan pembaca yang tertanya kenapa tajuk posting terbaru saya ini "Perjuangan Ku Semakin Sukar"...

Untuk makluman pembaca yang saya rindui sekalian, saya sebenarnya telah ditaklifkan dengan amanah yang sangat besar di kampus, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH menjadi Majlis Perwakilan Pelajar. Bukan senang nak bawa nama/gelaran MPP nie. Banyak sangat mehnah dan tribulasi pada permulaan memegang jawatan ini. Banyak benda yang kena belajar dari bawah. Iyala, tiba-tiba menjadi Setiausaha Kehormat MPP '09/10. Subbahanallah...

Jom, saya bawakan pembaca sepanjang minggu penamaan, pilihanraya kampus dan detik semasa pengumuman keputusan. Harap semua pembaca mendapat sedikit sebanyak input daripada penceritaan saya ini.

19 JANUARI 2010 - NOTIS PEMILIHAN CALON MPP & JAKMAS
22 JANUARI 2010 - PENAMAAN CALON MPP
- PENGENALAN/PENGUCAPAN UMUM
22-27 JANUARI 2010 - KEMPEN
28 JANUARI 2010 - PENGUNDIAN
- KEPUTUSAN PENGUNDIAN




Pilihanraya Kampus di UMSKAL hanya merebut 6 kerusi saja. 2 kerusi bagi UMUM, 3 kerusi bagi fakulti SPKAL dan 1 kerusi bagi fakulti SSIL. Dan bagi kerusi SPKAL, hanya 3 orang calon yang berani tampil ke hadapan dan secara automatik, MENANG TANPA BERTANDING. Bagi kerusi SSIL, ada sedikit konflik yang melanda, dengan adanya BANTAHAN pada seorang calon SSIL dan BANTAHAN DITERIMA menyebabkan calon SSIL juga MENANG TANPA BERTANDING. Dan yang menjadi rebutan adalah kerusi umum. 4 orang calon yang hanya akan merebut 2 tempat saja.

KERUSI UMUM : 1) Bernard W. Malawi
2) Abdul Nadil Asakil
3) Herry Anto Hasanuddin
4) Nurul Aida Abd Aziz





Dan sebelum sesi pengundian pada 28 Januari 2010, malam sebelumnya diadakan sesi DEBAT TERBUKA dengan tajuknya PEMIMPIN PERUBAHAN : REALITI @ PUBLISITI. Dan debat itu mempunyai 2 sesi iaitu sesi bersama MANTAN MPP dan sesi kedua bersama CALON MPP KERUSI UMUM. Semasa debat terbuka itu, pelbagai soalan yang bertubi-tubi disoal oleh mahasiswa/i UMSKAL kepada calon-calon kerusi umum mengenai manifestasi yang mereka bawakan. Dari sanubari saya sendiri, saya melihat program sebegini bagus dilakukan dan merupakan persediaan terakhir calon-calon yang bertanding untuk memberi kepercayaan kepada mahasiswa/i khususnya mengenai perjuangan mereka. Biar mahasiswa/i membuka fikiran dan seterusnya menilai serta menganalisis kewibawaan bakal pemimpin mereka ini.

Dan pada petang 28 Januari 2010, selepas diumumkan pengiraan undian, menunjukkan bahawa mahasiswa/i lebih memilih kepada calon yang bukan jenis yang pandai berkata-kata, tapi yang lebih penting adalah apa yang cuba dibawa oleh bakal pemimpin mereka nanti. Pengundiaan itu menunjukkan bahawa calon Pro-Mahasiswa lebih menjadi pujaan di hati.





Dan, selepas sahaja diumumkan pada petang itu oleh Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Prof Madya Dr Shariff AK Omang, semua MPP diarahkan dan berlepas ke UMS induk di Kota Kinabalu untuk sesi penubuhan Kabinet MPP yang baru. Pelbagai cabaran dan dugaan yang saya hadapi. Cuba anda bayangkan, saya ke Kota Kinabalu dengan bukan tiket Air Asia biasa, tapi tiket Air Asia yang di 'atas angin' atau tiket 'jump seat' gara-gara tiket flight sudah penuh. Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah, Dia membenarkan saya naik ke flight dengan tiket atas angin itu dan diberi kesempatan untuk duduk bersama pilot dan co pilot. Ketika itu, rasa bersyukur di hati walaupun dalam masa yang sama berasa sedikit takjub dan gementar kerana keadaan tempat duduknya yang agak 'selesa' selain pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Namun, pengalaman yang berharga ini tidak dapat saya lupakan kerana diberi peluang untuk melihat juruterbang itu mengawal penerbangan tersebut. Dan berasa gembira kerana berpeluang berkomunikasi dengan juru-juruterbang tersebut. Alhamdulillah.......

Inilah serba sedikit yang mampu saya kongsikan bersama para pembaca. Mohon maaf sekali lagi kerana lama tidak berkongsi apa-apa maklumat dan perkembangan bersama anda semua. Terus terang, hati ini sentiasa merindukan anda semua. Rindu untuk menulis. Rindu untuk berkongsi. Dan rindu untuk memberi. Namun, disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan, harap anda semua lebih memahami keadaan dan situasi saya ketika ini. Semakin terasa berat. Ya Allah... Permudahkanlah beban di bahuku ini. Aku yakin dengan kata-kataMu, tidak Kau bebankan sesuatu dengan bebanan yang mampu aku pikulkan. Namun Ya Allah.. HambaMu ini memang lemah dan kerdil. Pernah mengeluh dengan amanah yang Kau berikan ini. Ampunkan aku Ya Rabb..

Kepada sahabat-sahabat sekalian, doakan kesejahteraan dan keselamatan saya ya.. Doakan juga supaya amanah yang diberikan ini dapat saya pikul sebaik mungkin. Siapa tahu, doa sahabat-sahabat lebih Allah makbulkan. Ingatkanlah saya wahai sahabat tika saya lupa dan alpa..

Sekiranya anda ingin megetahui lebih mendalam lagi mengenai Pilihan Raya Kampus di UMSKAL yang berlangsung pada bulan Januari 2010 yang lalu, anda semua bolehlah melayari laman web ini..

Akhir kalam, salam sayang saya kepada semua dengan kalimah agong,
Assalamualaikum wbt..

P/s : Sebagai renungan kita bersama, marilah kita melihat dan memahami bait-bait kata oleh Imam Al Ghazali mengenai Pemimpin...

* Rosaknya rakyat kerana pemimpin.
* Rosaknya pemimpin kerana ulama'.
* Rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )


Ulama' yang diam dan senyap tidak mahu menyatakan kebenaran tentang agama kepada pemimpin dan rakyat adalah syaitan bisu. Rakyat pula akan berada di bawah agama pemimpinnya. Sekiranya pemimpin seorang yang beriman maka rakyatnya turut beriman. Sekiranya seorang pemimpin itu sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri rakyatnya akan sukakan maksiat. Berhati-hatilah memilih pemimpin kerana anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang pemimpin anda lakukan termasuk menganjurkan program maksiat, menentang undang-undang Allah dan menghina sunnah nabi serta menghina ulama.


About Me

My Photo
nurjannatul zahra
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
View my complete profile