Alhamdulillah, bersyukur ke hadratNya, saya masih lagi diberi masa untuk mencoret serba sedikit coretan untuk kali ini. Tidak lupa, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar, Muhammad SAW, para sahabat, tabi, tabi'en, mujahid mujahidah yang bersusah-payah mengeluarkan keringat demi untuk menjadi mata rantai perjuang untuk menegakkan agama Islam.
Pertamanya, saya mohon ampun dan maaf kerana sudah lama tidak mencoret sesuatu dalam blog ana ini. Sebenarnya, agak susah untuk saya mendapatkan bekalan access Celcom kerana saya berada di kampung. Rasa rindu sangat ingin mencoret sesuatu sebagai memori kita bersama. Namun, saya akan cuba mengambil kesempatan ini untuk menceritakan pelbagai pengalaman saya sepanjang cuti semester yang lepas. Hati ini berasa sayu apabila kepuasan cuti itu sekejap saja dirasai. Seperti tidak mahu pulang ke kampus semula. Pelbagai kenangan dan pegalaman yang saya perolehi sepanjang berada di negeri orang. Alhamdulillah, Allah SWT memilih saya untuk mengarap kenangan yang sungguh bernilai itu. Namun, untuk posting kali ini, saya akan lebih fokus kepada Tahun Baru. Harap kita bersama mengambil input untuk posting kali ini. InsyaAllah...
Tanpa kita sedari, masa berlalu begitu pantas sehingga detik waktu 2010 terus melangkah tiba. Pelbagai sambutan diadakan untuk menyambut kehadirannya secara gilang-gemilang itu. Jika dilihat Sambutan Tahun Baru di Semenanjung Malaysia, pada 31 Disember 2009, ramai kelompok masyarakat dari pelbagai kaum dan etnik berkumpul di Dataran Merdeka untuk meraikannya bersama-sama. Percikan bunga api pada detik 12 tengah malam itu membuatkan ramai yang melihatnya berasa taksub dan bersorak riang. Lain pula yang berlaku di Menara Kuala Lumpur. Sambutan itu dihiburkan dengan terjunan tanpa henti oleh 10 orang penerjun tempatan. Namun, berbeza pula kondusi negara luar seperti di Manila. Sambutan ambang tahun barunya menjadi huru hara apabila 5 orang terbunuh dan 600 orang cedera disebabkan bunga api dan senjata api. Lain yang diminta, lain mula yang mendatang.
Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang melangkah 1 Januari 2010. Ada peristiwa suka dan duka, pahit dan manis yang saling berkait. Seperti di Kota Kinabalu, perasaan gembira jelas terpancar di muka para ibu apabila seramai 21 bayi tahun baru telah dilahirkan. Berlainan pula kejadian yang berlaku di Klang, Selangor. Dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) merupakan antara 52 pasangan yang ditahan kerana dipercayai berkhalwat dan minum minuman keras dalam operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada awal pagi 1 Januari 2010. Macam-macam ada sepanjang ambang menuju tahun baru.
Oleh itu, sebagai mahasiswa/i, bermulanya tahun baru, sayugianya kita memasang azam baru atau menggapai kembali azam yang masih tertunggak. Mungkin, pada tahun-tahun yang lalu, kita pernah mengalami kegagalan, namun kita harus terus bangkit. Mahasiswa/i yang akan mencorak arus kepimpinan negara suatu hari nanti. Renungkanlah kata-kata Confusius, “Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali setiap kali kita jatuh.” Oleh itu, mahasiswa/i perlulah bersemangat menempuh mehnah dan tribulasi untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Suara mahasiswa/i mampu mempengaruhi masyarakat. Teruskan lantang bersuara untuk menjaga hak-hak kita sebagai mahasiswa/i dan pendokong kepimpinan negara suatu hari ini. Kita sewajarnya berbangga apabila mahasiswa kita yang juga Majlis Perwakilan Pelajar UMSKAL, berani bertindak dengan membawa permasalah mengenai isu air ke peringkat yang paling atas, demi untuk membela nasib mahasiswa/i di situ.
Bukan itu saja, terdapat juga mahasiswa di Universiti Malaya yang lantang bersuara untuk kepentingan mahasiswa/i dan masyarakat, diperosok ke dalam penjara dengan kes menconteng dinding. Ya... Agak pelik kita dengar, tapi itulah yang sedang berlaku di negara kita kini. Adakah ini merupakan mukadimah kepada kebangkitan mahasiswa/i di Malaysia untuk membuktikan bahawa mahasiswa/i bukan lesu lagi? Terus mahasiswa... Terus bangkit...
Mahasiswa Pencorak Arus Kepimpinan Negara.
Saya rasa cukuplah entry saya untuk kali ini. Saya harap untuk entry permulaan Tahun Baru ini, bukan saja kita membincangkan mengenai ilmu akhirat, kita juga perlu alert dengan isu-isu negara dan masyarakat. Ingatlah, dunia ini ladang akhirat. Jika kita tanam dengan benih yang baik, insyaAllah, kita akan mendapat pulangan yang lumayan juga. Begitulah situasinya kehidupan kita di dunia ini. Teruslah untuk membaja benih yang baik-baik....
Akhir kalam daripada saya, wassalam........
Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H dan Tahun Baru Masihi 2010 =)
P/s : Wahai manusia barang siapa dari kamu melihat sesuatu kebengkokan maka hendaklah ia meluruskannya.- Umar al-Khattab -
0 comments