Pengalaman Yang Sangat Berharga...

Posted by nurjannatul zahra Sunday, May 23, 2010 0 comments

Assalamualaikum wbt dan salam sayang...

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi, saya diberi kesempatan masa untuk mencoretkan serba sedikit apa yang berlaku sepanjang hari ini. Untuk sesi perkongsian kita bersama. Hidup untuk memberi. InsyaAllah.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat, para sahabat, tabii, tabiien, serta mujahid mujahidah yang bertebaran di muka bumi Allah ini. Takutlah kamu kepada Allah, dan tegakkanlah syiarNya walau halangan sisih berganti.

Alhamdulillah... Kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian kisah dan pengalaman saya yang sangat berharga. Pengalaman saya menyertai 'meeting' atau mesyuarat bersama golongan veteran, bekerjaya dan bekerluarga. Subbahanallah... Saya sangat teruja.




Kadang kala, pandangan golongan muda dikatakan agak 'simple' berbanding pandangan golongan yang lebih berusia. Isu yang ingin saya bawakan ini adalah isu wang ringgit. Kita, golongan muda yang selalunya bersemangat dan 'excited' untuk melakukan apa-apa sekalipun, berbanding mereka. Mereka perlu memikirkan mengenai kewangan dan keluarga. Sangat banyak yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.





Ada juga golongan muda yang memikirkan makcik-makcik ini agak leceh. Benar.... Tapi, kita juga perlu mengambil kira juga pengalaman mereka selama ini. Disebabkan mereka banyak pengalaman, mereka terlalu memikirkan 'rumit' mengenai sesuatu perkara terutamanya melibatkan kewangan. Bagaimana mereka bersusah payah untuk mendapatkan kewangan. Bagi golongan muda di luar sana, rasanya, jarang yang memikirkan rumit seperti ini. Apa yang penting, mereka dapat apa yang mereka inginkan. Namun, daripada penceritaan makcik-makcik ini, saya dapat menginsafkan diri betapa pentingnya usaha seseorang itu untuk mendapatkan wang ringgit yang halal dan pengalaman mampu mematangkan seseoarang. Alhamdulillah...





Saya rasa untuk kali ini, setakat ini dahulu penceritaan saya. Semoga kita mengambil iktibar.
Wallahu'alam...
Assalamualaikum wbt... Semoga berjumpa lagi..



doa rabitah.wmv

Posted by nurjannatul zahra Saturday, May 22, 2010 0 comments

Rindunya Dengan Mereka...

Posted by nurjannatul zahra 2 comments



Assalamualaikum wbt dan salam sayang Lillahi Taala..

Alhamdulillah.. Diberi kesempatan menulis lagi. Kali nie, mungkin penulisanku tidak sepanjang seperti penulisanku sebelum-sebelum ini. Kali ini, daku menulis kerana sudah mula menimbulkan rasa rindu di hati. Hermmm...

Saya rindukan famili saya. Untuk pengetahuan semua, UMS mula bercuti pada 9 Mei 2010 yang lalu. Ramai yang meninggalkan kolej kediaman. Ramai yang meninggalkan bumi Labuan. Sunyi... Sepi... Diam seketika dengan suara-suara mahasiswa/i. Namun, saya masih lagi menanti sendiri di sini. Perancangan kali ini, ingin tidak pulang ke kampung halaman. Namun, atas beberapa sebab, diri ini perlu meninggalkan 'rumah keduaku' ini buat seketika. Bukan sekarang. Tapi, mungkin akan pulang ke Kedah pada 9 atau 10 Jun 2010 yang akan datang. Kepulangan kali ini, sedikit sebanyak akan mengubat rindu di hati kerana hampir 1 tahun tidak pulang ke kampung halaman. Dan ketika itu jugalah, khabar berita famili hanya diperolehi melalui telefon saja. Rindunya...


Famili yang sangat saya sayangi dan rindui

Saya juga rindukan sahabat-sahabat seperjuangan saya di kampus ini. Bagaimana mereka?? Bez ka cuti mereka?? Sahabat, ketahuilah, dirimu sentiasa di hatiku. Kenangan bersama sentiasa membuatkan diriku terlalu merindui kamu semua. Walaupun daku sendiri di kampus, namun diri ini tahu, diriku sentiasa bertakhta di hatimu jua. InsyaAllah... Terima kasih dengan jagaan dan kasih sayang yang telah kamu semua berikan kepada saya, adik kalian, yang termuda sekali. Maaf dipohon kerana banyak menyusahkan kalian selama ini. Sahabat-sahabatku; Pah, Paezah, Yani, Fiza, Bibing dan Siti Zu; anda semua memang membuat hati ini tersenyum sendiri apabila mengenang kembali kisah kita bersama. Kalian memang yang terbaik. Aida sayang sangat dengan kalian.....


Ketika pertemuan pertama di UMSKAL


Kartun yang menggambarkan ukhwah kami bersama

Saya juga rindukan sahabat-sahabat sekolah dan matrik saya. Sahabat yang pernah bersama-sama saya, sahabat yang pernah mendewasakan saya, sahabat yang pernah memujuk hati ini untuk terus kuat. Di mana kalian? Saya begitu sedih melihat perubahan kamu semua. Hati ini ingin cepat pulang supaya kita dapat bersua muka dan menitip sedikit peringatan-peringatan Allah kepada kalian. Diri ini disalahkan atas perubahan anda semua. Berikan diri ini peluang untuk membantu kalian kembali ke jalanNya, walaupun secara hakikatnya, diri ini tidak layak kerana bekas-bekas dosa yang tidak kunjung tiba. Maafkanlah diri ini, wahai sahabat-sahabatku...


Sahabat-sahabat Pusat Islam,
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun



Sahabat-sahabat sekolah saya

Saya juga terlalu rindukan kakak-kakak, abang-abang, guru-guru, dan pensyarah-pensyarah yang telah banyak mendidik dan mengajar erti perjuangan dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya tidak akan terlibat dengan medan dakwah ini. Dan tanpa mereka, hingga ke sudah saya tidak akan faham mengenai erti perjuangan yang menuntut pengorbanan. Jihad semata-mata kerana CINTA, bukan kerana cinta yang didasari hawa nafsu. Mereka telah banyak menabur bakti dan jasa kepada saya. Terima kasih semua. Kenangan bersama akan saya potretkan dalam kamus hidup saya untuk selamanya.

Akhi-akhi yang saya kagumi sehingga kini


Kakak-kakak yang sangat saya kasihi dan rindui

Wallahu 'alam..

Assalamualaikum wbt dan salam rindu dari perantauan

DOA RABITAH

اللهم انك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك، والتقت على طاعتك، وتوحدت على دعوتك، وتعاهدت على نصرة شريعتك، فوثق اللهم رابطتها، وأدم ودها، واهدها سبلها، واملئها بنورك الذى لا يخبو، واشرح صدورها بفيض الإيمان بك، وجميل توكل عليك، واحيها بمعرفتك، وأمتها على الشهادة فى سبيلك، إنك نعم المولى ونعم النصير.

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana kecintaan kepadaMu, mereka telah bertemu kerana mentaatiMu, mereka telah bersatu kerana dakwahMu, mereka telah berjanji untuk menolong menegakkan syariatMu..

Oleh itu Ya Allah..

Eratkanlah hubungan ikatan ini, teruskan kasih sayangnya, berilah petunjuk untuknya.

Ya Allah.. penuhilah hati ini dengan cahayaMu yang tidak padam-padam, terangkanlah hati ini dengan limpahan iman dan tawakkal kepadaMu, hidupkanlah hati ini dengan mengenaliMu..

DAN matikanlah kami sebagai syaheed di jalanMu..

Engkaulah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong..!

Lonjakkan Pemikiran Minda

Posted by nurjannatul zahra Friday, May 21, 2010 0 comments

Assalamualaikum wbt dan salam sayang buat semua...

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, masih lagi saya menghirup udara nyaman yang sememangnya percuma. Jika dilihat zaman kini, semuanya mempunyai bayaran. Malahan, hendak masuk ke 'wash room' pun kena bayar 20$. MasyaAllah... Dunia.. Dunia..

Selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat Baginda, para sahabat, tabii, tabii'n, serta para mujahid mujahidah yang bertebaran di muka bumi Allah ini. Tidak dilupakan sekalung ucapan terima kasih kepada ibu yang melahirkan, Nazliah Md Isa, abah, Abd Aziz Saad serta sanak saudara saya. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru, pensyarah-pensyarah, para sahabat, kakak-kakak, abang-abang dan semua yang sentiasa mendidik dan mengajar diri ini erti kesusahan dan menyuntik semangat perjuangan.

Hari ini, jari-jemari saya minta untuk bermain-main. Rasa sedih juga melihat blog yang saya ciptakan untuk sesi perkongsian saya bersama sahabat-sahabat dibiar begitu saja. Oleh itu, untuk sesi perkongsian kali ini, saya membawa anda semua dengan tajuk posting terbaru, "Lonjakkan Pemikiran Minda."




Apabila kita mendengar tajuk sebegini, pelbagai persoalan yang mungkin terlintas di pemikiran kita adalah "Adakah pemikiran aku nie kuno sangat?" "Macam mana nak buat lonjakkan pemikiran minda tu?" dan mungkin juga terpikir ini, "Nak lonjak-lonjak nie, nanti jadi sesat, baru tau.." Hermmm... Sedikit keluhan...

Sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah....

Zaid b Aslam RA mendefinisikan hikmah sebagai akal. Sheikh Idris al-Marbawi pula menyatakan hikmah sebagai "Cakap yang berisi dalamnya, makna yang halus dan ilmu yang memberi faedah." Dan al-Muhallab b Abi Shafrah al-Azdiy begitu kagum dengan seseorang yang memiliki akal yang panjang, yang melebihi bicaranya.

Saya mulakan sesi perkongsian kita dengan lontaran kata-kata tokoh Islam untuk kita fikirkan bersama. Betapa mereka juga begitu mementingkan lonjakkan pemikiran minda. Sehingga cendekiawan Islam kita disanjungi dan dihormati oleh bangsa lain ketika itu. Susahkah kita ingin berubah kerana Islam?? Sukarkah kita melakukan sedikit perubahan untuk agama Allah?? Bukan untuk menjatuhkan sesiapa tika ini. Cuma sedikit teguran dan peringatan kepada kita, yang mana mungkin di antara kita ini dari golongan bijak pandai; mahasiswa/i, golongan yang sudah bekerja, ataupun golongan yang masih lagi bersekolah.. Semuanya golongan yang boleh berfikir secara rasional. Namun begitu sahabat-sahabat, mengapa kita bataskan pemikiran kita sedangkan kita sendiri mengakui, daya berfikir kita mampu jauh ke hadapan?

Kita mempunyai hak untuk berfikir dan melontarkan sebarang buah pemikiran. Tiada batas dalam kita berfikir, kecuali memikirkan Zat Tuhan kita. Ya, benar.. Bila mana kita tidak dapat mengawal keterbatasan cara kita berfikir, kita boleh menjadi tidak waras. Sabagai contoh, apabila kita terlalu memikirkan mengenai ciptaan Allah yang tidak tercapai dek pemikiran kita. Umpamanya, "Mengapakah Allah ciptakan khinzir dan dalam masa yang sama, Dia mengharamkan binatang itu?" "Mengapakah mesti ada neraka sedangkan semua umat Islam, akhirnya akan ke syurga selepas dibalas seksaannya??" dan macam-macam persoalan lagi. Apabila kita memikirkan mengenai soal akidah tanpa panduan dari orang yang lebih arif dengan Al-Quran dan As-Sunnah, kita mampu 'termakan' dengan persoalan itu sendiri. Oleh itu, apabila kita ingin membincangkan mengenai soal agama, wajar kita berguru sebelum menjadi guru pada yang lain.

Namun, di mana soal lonjakkkan pemikiran minda? Sebentar tadi, minta kita berguru. Bila berguru, kita pun terikut dengan cara pemikirannya. Dibuatnya, guru kita itu jenis 'veteran'. Jadi, bagaimana nak lonjakkan pemikiran minda kita?

Sahabat yang saya kasihi sekalian,

Be yourself. Kadang-kadang, pemikiran kita ini mampu dipengaruhi oleh keadaan. Bila keadaan mendesak, cepat saja idea-idea yang bernas keluar. Begitulah sebaliknya. Namun begitu, kita tidak wajar menunggu keadaan 'darurat' untuk mendapatkan buah fikiran yang sedikit 'luar biasa.' Dalam keadaan sekarang, banyak isu yang menampakkan kegersangan kita sebagai seorang mahasiswa/i (isu 4 orang pelajar UKM yang mengambil jurusan Sains Politik, bakal dikenakan tatatertib disebabkan terlibat dengan kempen Pilihan Raya di Hulu Selangor), sebagai rakyat Malaysia (kes Aminulrasyid, 15 tahun yang ditembak mati oleh polis dan dikatakan seorang penjenayah, kini dah senyap sunyi), dan sebagai hamba Allah (isu perlepasan lesen JUDI sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia). Namun, di mana kita? Adakah kita hanya mampu melihat semata-mata? Ataupun, bertindak?

Apabila hak kita dipijak-pijakkan, wajar kita bangkit sahabat-sahabat. Jangan biarkan diri kita terus ditindas. Di sini la gunanya pemikiran minda alaf generasi Y. Jangan kita terlalu mengikut tahap pemikiran 'adik-adik' kita. Dan jangan pula kita mengikut tahap pemikiran 'atok-atok' kita. Kita berada pada zaman kita. Kita berhak nak menentukan bagaimana suasana yang kita nak caturkan. Kadang-kadang, saya melihat kita terlalu takut hendak melakukan perubahan. Kita takut dengan kesan yang bakal kita hadapi nanti. Memang betul.... Setiap tindakan pasti ada kesannya. Tapi, itu bukan alasan untuk kita bina pemikiran yang lebih ke arah ke hadapan. Jangan disebabkan disekat dengan apa-apa undang-undang, contohnya AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971) atau disekat dengan pengaruh atasan, namun, ingatlah, kita juga turut mempunyai hak ke atas diri kita sendiri.


Siapa tahu, perubahan yang kita bawakan itu, merupakan 'turning point' untuk kita bergerak lebih maju lagi. Dan siapa tahu, perubahan yang kita bawakan itu, meninggalkan kesan yang paling terbaik dalam masyarakat. Oleh itu, jangan takut mencuba sesuatu yang baru.

Dan sebagai muda mudi, kita wajar caknakan pemikiran secara kreatif dan kritis, 'out of the box' dan turut sama membantu sahabat-sahabat, adik-adik usrah, kenalan dan sesiapa jua di samping kita. Kerana apa?? Kerana nasib negara Malaysia di tangan muda mudi kini. Sekiranya kita seorang penakut, maka banyak anasir-anasir buruk menghampiri kita dan tidak mustahil negara kita akan dijajah semula di bawah pemerintahan kita. Itukah yang anda semua inginkan? Inikah caranya kita menyayangi tanah tumpah darah kita? Dan adakah ini juga tanda kita menghargai perih maung perajurit-perajurit bangsa? Renung-renungkanlah sahabat...

Sahabat-sahabat sekalian,

Jika diikutkan, diri ini tidak layak mengomel mengenai tajuk ini. Ini hanya sekadar buah fikiran yang terbatas. Ini jugalah sedikit luahan rasa hati ini apabila melihat kemerunduman semangat dan kepekaan kita sebagai seorang mahasiswa/i, seorang rakyat Malaysia dan seorang hamba Allah. Kita sedang ditindas tika ini, namun kita mampu tersenyum megah. Kita fikirkan kita sedang mengecap bahagia, namun hakikatnya kita sedang dijajah derita. Sedarlah sahabat sekalian. Bangkitlah dari tidur lena anda semua. Mari kita bersatu. Mari kita lakukan perubahan. Siapa lagi yang akan mulakan perubahan kalau bukan daripada kita. Mari kita bina kembali harapan dan impian masa depan anak bangsa kita yang indah.......... Sesungguhnya, nilai hikmah dan kebijaksanaan adalah amat penting dalam memartabatkan Islam di mata dunia.

Saya mohon maaf sekiranya kata-kata saya dalam posting kali ini agak kasar dan kesat. Mungkin sedikit suntikan kepada kita semua untuk mengubah cara kita berfikir selama ini. Jangan kita bersenang-lenang dalam keadaan ramai yang menderita. Fikir-fikirkanlah.

Akhir kalam daripada saya,

Assalamualaikum dan salam cuti semester.

P/s: Voltaire pernah berkata, "Jika pemuka agama bodoh dan lemah pandangan, maka ia menyebabkan musuh semakin berani menghina. Bila pemuka agama jelek dan jahat, maka ia akan memberikan kegelisahan pada diri kita. Sedang jika ia memiliki ilmu dan pengalaman yang matang serta toleran, jauh dari khurafat, maka ia layak untuk kita cintai dan hormati."


About Me

My Photo
nurjannatul zahra
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
View my complete profile