Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... Syukur kupanjatkan kepada Ilahi kerana masih lagi dipanjangkan umur dan bernafas di dunia ini. Tidak dilupakan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar, Baginda Rasullullah SAW, para sahabat, tabii, tabiin serta pejuang Islam di luar sana yang tidak mengenal erti berputus asa.
Rasa rindu pula untuk berkarya... Selepas melihat para sahabat tidak putus-putus memaparkan pelbagai post baru.. Hati ini juga tertarik dan terdetik, "Bila la aku nak posting baru lk nie? Asyik jeles ja tgk sahabat-sahabat." Ana tersenyum sendirian dengan gomelan ini.
Ya Allah...
HambaMu ini terlalu rindukan kampung halaman.. Mama abah yang sentiasa menyokong dan mendokong diri ini, walau macam mana pun diri ini tersungkur jatuh.. Mereka telah banyak bersusah payah untuk ana dan adik-beradik ana..
Wahai sahabat/ah,
Insafilah diri kita dan renungkanlah kembali dosa-dosa yang telah kita lakukan kepada mereka. Kita telah menyusahkan mereka sejak kita berada di dalam kandungan ibu kita. Cubalah kita renung seketika dengan video yang akan dipaparkan ini. Cuba kita selami pengorbanan dan penderitaan seorang ibu demi kasih kepada anaknya.
p/s : Video ini tidak sesuai ditonton kepada sesiapa yang lemah semangat, perempuan mengandung dan sesiapa yang mempunyai penyakit lemah jantung. Harap maklum.
Wahai sahabat/ah...
Bagaimana kita nak dapatkan CINTA kalau kita "fail" bercinta dengan ibu bapa kita, yang sentiasa berada dan bersama-sama dengan kita. Kita tahu bahawa "Keredhaan Allah itu terletak pada Keredhaan Ibu Bapa", namun kita sentiasa menyakitkan hati mereka, melayan mereka lebih teruk daripada layanan kita kepada sahabat? Adakah itu adil bagi seorang ibu yang telah banyak menderita dan menangis gara-gara ingin melahirkan kita ke dunia aini? Inikah cara kita nak membalas jasa mereka?
Wahai sahabat/ah..
Selagi mana ibu bapa kita masih lagi di dunia ini, kita kena rebut peluang sebaik mungkin untuk menyenangkan hati mereka. Kita kena cuba sebaik mungkin membahagiakan mereka. Rebutlah peluang keemasan ini. Supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Mohon ampunlah kepada mereka terutamanya ibu, yang terlalu "sakit" untuk membesarkan kita.
Mudah-mudahan, kita tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh yang dapat menyedekahkan doa kepada ibu bapa kita apabila mereka tidak lagi berada di muka bumi Allah SWT ini. Kalau kita rasa kita belum lagi menjadi anak yang soleh, cubalah berusaha sebaik mungkin kerana "Syurga itu terletak di telapak kaki Ibu". (bukan nak lihat syurga dengan angkat kaki ibu kita di rumah ya)
Wallahu'alam...
em...ramai org bleh ungkap perkataan "rindu" pada kekasih, tetapi jarng ungkapan itu dijelaskn pd ibu jauh sekali ayah.., jika rindu tiada, p'kataan syg semakin jauh...moga kita sentiasa mengingati ke-2 ibu bapa kita..dn menyayanginya kerana Allah...InsyaAllah.. :)
Adakah balik ke kg halaman menunjukkan rasa rindu kepada ayahanda dan bonda?