PERJUANGANKU SEKELUMIT KUMAN

Posted by nurjannatul zahra Tuesday, November 3, 2009
Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah fillah...
Alhamdulillah, dalam kesibukan menelaah pelajaran kerana berada dalam minggu exam, namun diri ini betul-betul memanjatkan tanda kesyukuran yang tidak berbelah bagi kepada Yang Maha Esa, kerana dengan izinNya, ana dapat meneruskan karya dan dakwah ana dalam media massa ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat Baginda, para sahabat, tabie, tabiien dan saudara-saudara Islam yang tidak putus-putus menitiskan peluh di medan perjuangan ini.
Perjuangan yang kita pilih ini bukanlah perkara yang mudah untuk diperjuangkan. Terdapat banyak mehnah dan tribulasi sepanjang melangkah dalam arena ini. Namun, hanya orang-orang yang istiqamah dengan perjuangan mampu melayari bahtera jihad ini. Semoga kita berda dalam kalangan orang-orang yang thiqah dengan perjuangan ini.

Siapakah manusia yang paling berani membela Nabi Muhammad SAW??

Pada suatu hari Ali bin Abi talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan khalifah berkata,“Hai kaum Muslimin, siapakan orang yang paling berani?”Jawab mereka,“Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin.”Kata Ali,“Orang yang paling berani bukan aku tetapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemani Nabi SAW dalam gubuk itu dan menjaga baginda dari serangan kaum musyrik! Di saat itu tidak ada seorang pun yang bersedia selain Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya dihadapan Rasulullah untuk membunuh sesiapa sahaja yang mendekati gubuk Rasulullah SAW. Itulah orang yang paling berani.

Pada suatu hari pernah juga aku saksikan ketika Rasulullah SAW sedang berjalan di Kota Makkah, datanglah orang musyrik sambil menghalau baginda dan menyakiti baginda dan mereka berkata,“Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan?”Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Rasullulah SAW selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata,“Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan ALLAH?”Kemudian Saidina Ali sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian beliau berkata,“Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik dari Abu Bakar?”Semua jemaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya,“Demi ALLAH, sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada dengan orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepenuh dunia, kerana orang yang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya.

IBRAH BAGI KISAH INI ADALAH :

Lihat Saidina Abu Bakar As Siddiq, beliau membela Rasulullah di waktu hampir semua masyarakat Makkah menyakiti dan memusuhi baginda, dengan pembelaan yang semata-mata kerana ALLAH SWT. Adakah wujud orang sebegini di zaman ini? Masih adakah orang yang sanggup berhadapan dengan segala dugaan demi mempertahankan sunnah Rasul dan Al Quran di akhir zaman ini?

Atau, kita tertipu dengan nama perjuangan atau jihad di sini? Senang ja melontarkan kata-kata sebegini, "Kita mesti lakukan yang terbaik untuk Islam" tapi dalam masa yang sama, kita telah mencalar nama baik Islam dengan perlakuan dan sikap kita yang kadang-kadang tidak mengambarkan orang Islam. Ya... Kita orang Islam sebab dalam i/c kad, agama yang tercatat di situ adalah agama Islam. Namun, adakah kita tergolong dalam kumpulan yang beriman dan bertakwa kepada Allah? Seorang muslim dan mukmin?

Kini, gelodak yang menyubungi anak-anak remaja adalah gelodak percintaan atau nama yang lebih sedap lagi bercouple. Jika kita turun ke bandar, rata-rata remaja dilihat berpimpin tangan ke hulu ke hilir. Mungkin takut ada orang culik kot. Maklum la, dunia sekarang ini bukan lagi selamat seperti sebelum ini. Wahai sahabat/ah sekalian, apakah yang kita lakukan apabila melihat situasi ini? Kita "jelik" dan benci melihat perbuatan itu, kita mencaci mereka, "mengejek" mereka dan pelbagai lagi. Namun, adakah itu perbuatan yang Islam ajar selama in? Adakah ini ciri-ciri seorang daie? Ingatlah kembali kepada niat kita untuk berjihad iaitu mengamalkan Islam secara syumuliyyah berpandukan al Quran dan as Sunnah untuk diri dan juga mewujudkan masyarakat muslim selain ingin meraih CINTA hakiki, marthotillah. Seharusnya, kita yang memahami erti perjuangan cuba mengajar saudara-saudara kita untuk lebih mendalami Islam. Bukannya kita membiarkan perkara itu berlalu begitu saja. Dan jangan pula kita membanggakan diri dengan apa yang telah kita lakukan. "Perjuanganku sekelumit kuman". Kalau kita melakukannya hanya untuk mendapat perhatian umum, kita boleh memperolehnya. Tapi, untuk sementara saja. Namun bekalan untuk ke sana, tidak pun dianggap sebagai ibadah kerana ada sedikit perasaan riak di hati. Ingatlah, pandangan Allah itu yang perlu kita titikberatkan.

Wahai sahabat/ah sekalian, bantulah agama Allah ini. Islam tidak memerlukan kita tapi kita yang memerlukan Islam.

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu"(Muhammad, 47:7)

Kepada suma sahabat/ah ana yang sedang berjihad dengan minggu exam ini, teruskanlah perjuangan antum antunna suma. Buat yang terbaik untuk Islam, bukannya untuk kepentingan diri kita. Tips untuk berjaya adalah DUIT (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal). Semoga kita berjaya dalam peperiksaan di dunia ini dan juga yang lebih penting lagi adalah peperiksaan di akhirat nanti. Aminnnn... Teruskanlah perjuanganmu, wahai para daie'.

Cukuplah nukilan ana untuk kali ini. InsyaAllah, jika Allah bagi ana sedikit kelapangan masa, ana akan terus coretkan perkongsian ilmu yang tidak seberapa dalam medan blog ini. Kepada suma pembaca nukilan ana, doa-doakanlah kejayaan ana dalam peperiksaan Final Sem 3 ini ya. Doa itu merupakan senjata orang mukmin yang tidak ternilai harganya.

Akhir kalam, assalamualaikum wbt... salam imtihan... =)

Imam Nawawi: “Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu”

2 comments

  1. ajid Says:
  2. Alhamdulillah,,,detik n saat ini,,,ajid dapat blajar sesuatu daripada nukilan anti,,,dah lame xbace sal agama,,,huhuhu,,,syukran ya anti,,,hope kita same2 berjaya n cemerlang dalam exam ni k,,,n insyaAllah kita same2 gak berjaya n cemerlang dalam exam kat akhirat nanti k,,,hehehe,,,Amin Ya Robbal'Alamin,,,

     
  3. setiap manusia pasti diuji, yg mmbezakn cuma ujian i2 besar ataupn kecil...semakin besar ujian kepada kita..insyaAllah semakin besar kasih syg Allah kpd kita...terus istiqamah dlm berjuang.
    "b'usahalh dgn ikhlas tnpa memikir balasn semata2, krn smakin tinggi keikhlas dlm diri, semakin tinggilh balasan baik yg akan dip'olehi samaada dlm sedar atau tidah"

     

Post a Comment

About Me

My Photo
nurjannatul zahra
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
View my complete profile