SURAMNYA RAMADHAN 1431H

Posted by nurjannatul zahra Friday, August 13, 2010



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya, kerana masih lagi memberi saya ruang untuk mencoretkan sesuatu, di blog ini. Tidak dilupakan juga, selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi, tabi'en, serta saudara-saudaraku yang penat lelah menyambung rantai perjuangan...

Kali ini, saya ini berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian, kondusi berpuasa di UMS, Kampus Antarabangsa Labuan. Kali ini, sudah 3 tahun saya menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak di negeri orang. Alhamdulillah, Allah SWT memberi saya peluang untuk melihat kondusi di tempat orang.

Ketika saya menjadi junior, mahasiswi tahun 1, suasana di kampus begitu meriah. Kami memasak bersama-sama, makan dalam talam, saling menyuap antara satu sama lain. Bagi sesiapa yang pertama kali mendengar mengenai makan dalam talam, mungkin merupakan perkara baru. Mugkin juga pelik, dan akan menimbulkan pertanyaan di minda mereka, "tak da ka pinggan untuk di makan. Kenapa mesti himpit-himpit, makan ramai-ramai dalam talam nie." "Sunnah Nabi ka nie makan dalam talam?" Dan pelbagai lagi persoalan yang akan menyelubungi minda mereka. Kami juga saling check bacaan antara satu sama lain. Saya rasa begitu bersyukur kerana di tempatkan di negeri Sabah yang lebih spesifik pada Labuan. Di sini, saya melihat kemunduran ilmu agama yang sangat kritikal. Cuba bayangkan, umur sudah 20an, namun masih lagi tidak dapat mengenal huruf dalam kalamullah itu. Namun, disebabkan ada ikatan yang terbentuk dengan saudara-saudara Islam, mereka tidak malu untuk mengaku bahawa mereka tidak pandai dan fasih untuk membaca al-Quran. Dalam kelompok taddarus al-Quran ini la, kami cuba membantu mereka yang sangat dahagakan ilmu Allah ini. Kadang-kadang, malu juga timbul di hati saya ini, kerana mengajar kakak-kakak ini. Saya sedar diri ini baru melangkah masuk ke alam universiti, namun tiba-tiba diminta untuk memantau bacaan kakak-kakakku. Namun, ilmu Allah itu perlu dikongsi bersama. Saya gembira dan sangat berbangga dengan kakak-kakak saya yang BERANI tampil ke hadapan untuk memberitahu bahawa mereka perlukan bimbingan junior-junior mereka dari segi pengetahuan al-Quran. Musim Ramadhan pada kali ini, membuatkan saya begitu gembira untuk meraikannya dan terlupa sekejap rasa rindu pada keluarga tercinta di kampung halaman.

Namun, apabila saya menjadi mahasiswi tahun 2, tiba-tiba, keseronokan melakukan pelbagai aktiviti untuk iftar, ditarik sedikit demi sedikit. Semakin disekat kebenaran untuk memasak bersama-sama di masjid. Dan orang yang menyekat itu adalah Bahagian Hal-Ehwal Islam di UMSKAL. Mereka mengantikan makan dalam talam dengan makan dalam polestrin. Mereka mengantikan suapan ke mulut sahabat-sahabat, menjadi suapan ke mulut sendiri. Mereka mengantikan kegembiraan melihat sahabat-sahabat makan makanan daripada air tangan kita sendiri kepada makan makanan buatan air tangan orang luar. Dan mereka mengantikan 'aura' berbuka beramai-ramai menjadi kepada berbuka sendiri-sendiri. Apabila membandingkan pula dari segi taddarus al-Quran, terasa semakin sunyi berbanding Ramadhan sebelum ini. Kumpulan untuk khatam Quran pun, semakin sedikit bilangannya. Namun, semangat untuk memberi, tidak putus-putus bergelogak dalam diri ini. Dan dalam masa yang sama, semangat untuk lebih lagi mempelajari ilmu al-Quran membuak-buak kerana diri ini sedar, bukanlah mempunyai basic 'pure agama' kerana berasal dari sekolah sekular. Konklusinya, semakin hilang 'aura' berpuasa itu di UMSKAL bagi Ramadhan 1430H.

Dan, apabila saya menjadi senior, mahasiswi tahun 3, sekali lagi, keseronokan berpuasa disekat lagi. Segala program-program yang sudah menjadi program tahunan Sekretariat Masjid al-Hikmah sepanjang bulan Ramadhan, disekat dan mereka yang mengelolakan program-program tersebut. Untuk berbuka puasa, masih lagi diteruskan dengan makan dalam 'tapau'. Dan terbaru, ditarik dan dibekukan Kuliah Maghrib di dalam masjid. Saya menjadi tanda tanya, "Kenapa menghentikan majlis ilmu di bulan Ramadhan ini? Bukankah majlis ilmu itu perlu di bulan yang penuh barakah ini? Dan sahabat-sahabat yang jarang datang ke masjid pada bulan-bulan kebiasaan, juga mendapat input dan makanan rohani." Kali ini, semakin suram majlis taddarus al-Quran. Semakin hari, semakin pelik "perayaan" bulan Ramadhan di UMSKAL ini.





Bukankah, Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita sentiasa bersama-sama dan hidup dalam berjemaah? Namun, tindakan daripada pihak universiti, dilihat cuba mengubah 'aura' Ramadhan yang disambut meriah oleh mahasiswa/i UMSKAL sebelum ini. Dan kini, 'aura' itu semakin hilang. Hati yang sudah 3 tahun di sini, menjadi sedih dan pilu melihat keadaan ini. Program yang diaturkan pihak Baheim tidak mendapat sambutan, terutamanya majlis berbuka puasa, taddarus al-Quran dan sebagainya. Mengapakah ingin menunjukkan KUASA di bulan barakah ini, sedangkan kita boleh saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk mencari keredhaan Allah?

Masjid semakin sunyi. Daripada 4 saf jemaah solat terawih bagi saf muslimat, semakin berkurang menjadi 3 saf pada hari ini, Jumaat, bersamaan 3 Ramadhan 1431H. Dan tidak mustahil, saf itu akan berkurang dan akan tinggal 1 saf sahaja nanti. Dan 1 saf itu pun, pastinya tidak akan penuh. Doa saya, "Ya Allah... Pilihlah saya menjadi tetamuMu pada hari-hari yang seterusnya." Saya juga risau, jika Allah tidak lembutkan hati saya dan memilih saya menjadi tetamuNya, amatlah rugi bagi saya, sempena di bulan Ramadhan ini. Kerana, dipermulaan bulan ini, adalah mendapat kerahmatan.

Sahabat-sahabat sekalian...

Sempena bulan Ramadhan ini, yang belum pasti lagi kita akan bertemunya pada tahun hadapan, saya menyeru diri saya serta sahabat-sahabat sekalian untuk kita memperbanyakkan amalan kita di bulan yang penuh barakah ini. Amalan-amalan wajib sewajarnya kita menjaganya sebaik mungkin, dan amalan-amalan sunat, kita cuba untuk perbanyakkan. Mulakanlah Ramadhan ini dengan semangat yang baru untuk terus menjadikan diri ini lebih baik dari sebelumnya. Saya teringat kata-kata ilmuan Islam, Bediuzzaman Said Nursi, yang mengatakan bahawa "Berpuasa di bulan Ramadhan ini adalah kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur." Puasa ini merupakan penawar bagi mereka yang kurang sabar dan kurang daya tahan, terutamnya bagi anak muda.

Dan kata tokoh tersebut, "Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa adalah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telingan, hati dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini, akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian. "

Sahabat-sahabat sekalian...

Bangkitlah kita.. Bersemangatlah dan janganlah MALAS. Penyakit dan virus ini sukar untuk diubati. Ubat yang mustajab adalah perubahan pada diri kita sendiri. Ingatlah, Nabi pernah bersabda, "Orang yang CERDIK adalah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya dan berbuat untuk kehidupan setelah mati, sedangkan orang yang BODOH ialah orang yang memperturutkan hawa nafsunya dan banyak berangan-angan yang bukan-bukan kepada Allah." Mulakanlah dengan semangat jihad yang baru. Semangan jihad untuk sebarkan amar makhruf, nahi mungkar, jihad akademik dan jihad nafsu. Bersama-sama kita cuba merubah diri kita menjadi yang lebih baik lagi.

Saya rasa cukuplah setakat ini dahulu coretan saya untuk kali ini. Diharap perkongsian ini mampu menyedarkan kita daripada 'tidur' yang lena. Dan cubalah kita amalkan doa Rasulullah, "Ya Allah.. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada sifat malas". Aminnnn

Akhir kalam daripada saya, SELAMAT MENJALANI MADRASAH RAMADHAN AL-MUBARAK dan pertingkatkan segala amalan-amalan kita. Mohon maaf sekiranya saya ada melakukan kesalahan dan kesilapan secara langsung atau sebaliknya. Bersama kita menjalinkan hubungan kasih sayang antara kita di bulan yang mulia ini.

Wallahu'alam....
Assalamualaikum wbt...

p/s : "Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... Di mana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain harinya. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu, imbuhannya adalah syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan di mana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaymah)


2 comments

  1. Assalamu'alaikum....

    Alhamdulillah... ulasan yang baik untuk perkongsian bersama-sama. Situasi yang menjadikan kita semakin banyak berfikir. Semoga apa yang cuba kita utarakan dapat dicakna bersama-sama.

    Banyaknya golongan yang menjadi HAMBA RAMADHAN bukannya HAMBA ALLAH S.W.T....

    Sebab itu, golongan sekarang ini banyaknya melakukan diluar tabie'... Kita sebagai pendakwa dan dai'e memikul pelbagai tanggungjawab. Dalam pembentukan diri hinggalah pembentukan khalifah...

    Terus terang, ana juga berduka dengan situasi sekarang. Tapi... kita perlu ingat, datangnya ISLAM dalam berdagang, dan perginya juga dalam berdagang. Selagi mampu, selagi hayat masih ada, teruskan untuk melebarkan dakwah. Kerana banyak manusia yang tahu, tapi tak faham erti ISLAM.

     
  2. waalaikumsalam wbt...

    Syukran sudi membaca artikel saya ini, mengenai SURAMNYA RAMADHAN 1431H.. syukran juga sudi memberi komen di sini..

    Bilamana kita sudah mengaku diri ini adalah pendakwah(kalau tak nak menagku pun, sedarlah, kita sudah mendapat taklifan sebagai KHALIFAH di muka bumi ini), kita akan mengharungi badai yang melanda.. Cuma sedikit saja ketawa ria dalam medan dakwah ini.. Saya teringat kata-kata senior saya, "kita yang mencorakkan suasana, bukan suasana yang mencorakkan kita".. Jadi, untuk mencorakkan suasana yang bukannya asal daripada kondunsif ISLAM, memang agak sukar untuk kita corakkan.. Namun, ini merupakan cabaran bagi kita, sebagai dai'e untuk memperbetulkannya.. InsyaAllah.... =)

    Ini merupakan pandangan saya semata-mata.. Samada boleh terima atau tidak, saya pulangkan semula kepada pembaca dan saudari untuk menilainya.. pandangan daripada semua dialu-alukan... =)

     

Post a Comment

About Me

My Photo
nurjannatul zahra
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
View my complete profile