Kebangkitan Anak Muda Borneo

Posted by nurjannatul zahra Wednesday, November 3, 2010
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya, walaupun sibuk dengan tugasan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar, sebagai Mahasiswi UMSKAL Tahun Akhir, sebagai sahabat, sebagai anak dan sebagai HAMBA Allah SWT, saya masih lagi diberi kekuatan untuk mencoretkan sesuatu sebagai perkongsian kita bersama. InsyaAllah... Selawat serta salam diberikan kepada Muhammad SAW, kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda, tabii, tabiien dan mujahid mujahidah yang bertebaran di muka bumi Allah ini.

Detik ini, selepas 3 bulan meninggalkan blog ini bersendirian, dan dalam masa yang sama, semakin bertambah pengikut untuk blog ini, sedikit kekesalan mula timbul. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu dengan coretan saya yang seterusnya. Walaupun bukanlah seorang yang arif dari segi penulisan, namun, saya jadikan ini sebagai cabaran untuk saya sentiasa memperbaiki penulisan saya dari semasa ke semasa. Mohon sahabat-sahabat semua untuk memberi sebarang komen berhubung hasil tulisan saya. Terima kasih; ungkapan yang mampu saya ucapkan kepada semua.

Anak Muda Borneo mula bangkit.......???

Ramai pasti akan tertanya-tanya mengenai tajuk ini. Dan saya pula tertarik untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian pemerhatian saya selama ini.

Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan untuk melanjutkan pengajian di sebuah negeri yang semenangnya terkenal dengan sebuah negeri yang ramai kuantiti penduduknya dan dalam usaha untuk dinaik taraf. Sabah, negeri ketenangan dan cabaran bagi seorang dai'e.

Jika dilihat tahun-tahun sebelum ini, anak-anak Sabah ketinggalan dalam pelbagai segi. Antaranya pendidikan, pembangunan dan sebagainya. Malah, jika ditanya mengenai kebangkitan anak muda, jauh sekali ke belakang. Namun, apa yang membuatkan saya kagum dan dalam masa yang sama, belajar daripada mereka adalah dari segi semangat dan kecekalan mereka untuk meneruskan hidup. Kekuatan yang ada pada diri mereka adalah 'luar biasa'.


Gambar 1 : Dua beradik yang sanggup meredah lautan
semata-mata untuk mencari rezeki yang halal

Kebanyakan mahasiswa/i yang berada di UMSKAL, separuhnya dari Borneo, separuh lagi dari Semenanjung, dan sebilangan kecil dari luar negara seperti China, Pakistan dan sebagainya. Pendidikan yang teratur yang telah diterima oleh anak-anak muda Borneo, selain mendapat sahabat-sahabat yang berbeza latar belakang, membuatkan mereka mempunyai keinginan tinggi untuk merubah kehidupan mereka dan mempunyai angan-angan untuk menjadi sama hebat seperti sahabat-sahabat mereka, yang mendapat tarbiyyah di rumah dengan sempurna. Mereka tidak malu mengatakan, "saya tidak pandai solat." "saya tidak kenal huruf dalam kalamullah." dan "saya tidak tahu mengaji." Berbeza benar dengan situasi di Semenanjung.

Semangat yang ada pada mereka inilah yang telah membuka mata saya untuk terus berjuang di bumi Sabah ini. Kombinasi yang hebat terus membangkitkan semangat dan dentuman 'kuasa' yang ada pada mereka. Lihat sahajalah, detik-detik demonstrasi yang berlaku sebanyak dua kali, yang berlaku tidak sampai 24 jam, di UMSKAL. Mereka berani ke hadapan, tanpa memikirkan konsekuensi yang bakal mereka perolehi, untuk membawa suara mereka sebagai pengguna dan turut sama, membawa suara masyarakat kampung yang tinggal di sekeliling. Hentaman yang dilakukan itu, sedikit sebanyak telah mengusarkan pihak pentadbiran atasan, bukan sahaja kepada pihak UMS malah pihak kerajaan pusat juga. Bukanlah saya ingin berbangga kerana demonstrasi tersebut dilakukan semasa saya menjadi MPP, namun, apa yang patut dibanggakan di sini adalah semangat dan kekentalan anak-anak muda Borneo. Saya cukup mengagumi mereka.


Gambar 2 : Ketika diminta memberi sedikit kata-kata
berhubung isu air di UMSKAL


Gambar 3 : Ramai mahasiswa/i yang berani turun
semasa demonstrasi Air di UMSKAL

Bukan itu sahaja, untuk Pilihanraya Kecil Batu Sapi, terdapat juga sebilangan mahasiswa/i UMSKAL yang turun untuk menyahut seruan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Khalid Nordin, yang membenarkan mahasiswa/i untuk terlibat dengan Pilihan Raya. Maksud terlibat di sini adalah, mereka boleh meyaksikan keadaan atau situasi semasa Pilihan Raya, namun tidak dibenarkan berkempen untuk mana-mana parti. Jika melihat situasi di Galas, terdapat sebilangan mahasiswa yang ditangkap oleh Polis ketika mengedar risalah. Namun, tangkapan mahasiswa di Galas itu, walau sedikit, tidak dapat melunturkan semangat mereka untuk turun bersama-sama masyarakat dan mengajak masyarakat untuk turun mengundi semasa hari pengundian Pilihanraya Kecil Batu Sapi. Semangat yang luar biasa.

Gambar 4 : Jentera Mahasiswa Gamis Sabah

Bukan itu sahaja, mereka juga sentiasa turun ke kawasan-kawasan pedalaman dan bersama-sama anak-anak muda, untuk mengajar anak bangsa mengenai pelbagai ILMU. Ilmu yang ditekankan adalah ILMU MENGENAL ALLAH. Mereka yang menyampaikan ilmu ini juga, masih dalam tempoh belajar, namun, tidak kedekut dan malu untuk berkongsi ilmu yang sedikit itu kepada anak bangsa mereka. Semangat yang semakin pudar dek arus materialisma yang menggoncang dunia tika kini.

Pada pendapat saya, tidak mustahil, tidak lama lagi, mungkin 2 atau 3 tahun dari sekarang, anak-anak muda Borneo, akan membangun dan sama hebat dan 'tangkas' seperti pemuda-pemudi di Semenanjung Malaysia; lantang memperjuangkan pelbagai isu samada isu kampus mahupun isu global. Perintis sedia ada kini, akan terus menelusuri medan yang semakin mencabar dan akan memperhebatkan usaha mereka untuk menREKRUT ramai anak muda Borneo. Perjuangan yang memerlukan 'KEMAHUAN' yang tinggi.

Sekiranya pihak kerajaan masih lagi memandang SABAH, sebuah negeri yang boleh dimanipulasikan, di'main-mainkan' dan di'guna-gunakan', pada hemat saya, mereka meletakkan idealisma tersebut bukan lagi pada tempatnya. Pihak kerajaan seharusnya mula GENTAR dan RISAU melihat kebangkitan anak muda Borneo yang sudah kelihatan impaknya kini. Mereka bukan lagi orang yang 'tidak tahu' namun mereka telah menjadi orang yang berpendirian. Jangan cuba meledakkan gelombang yang sudah mula menggelegak dalam diri mereka. Bila-bila masa sahaja, mampu meletup. Amaran daripada anak muda yang melihat gelombang itu dari jauh!!!

Anak-anak muda Borneo dapat menggoncangkan Malaysia. Mereka sudah terlatih dengan pelbagai 'tamrin' dalam kehidupan mereka. Jangan lagi memandang mereka LEMAH dan IKUT TELUNJUK. Kerana mereka adalah SYABAB.

Gambar 5 : Dua orang sahabat asal dari Tawau, Sabah,
terlibat dengan Jelajah Hari Raya Aidil Adha, turun padang
untuk bersama masyarakat Sabah

Akhir kalam untuk perkongsian saya kali ini, diharap para pembaca dapat mengambil input dan pengajaran daripada artikel saya kali ini. Saya pasti, kebanyakan pembaca dan pengikut blog saya ini, berasal dari Semenanjung. Adakah anda semua tercabar dengan KEBANGKITAN ANAK MUDA BORNEO? Sekiranya anda 'terketuk' dan 'tertampar' dengan perkongsian saya ini, saya rasakan itu perlu untuk kita koreksi balik diri kita ini. Saya sedikit kesal apabila mendengar cerita daripada sahabat-sahabat di Semenanjung, kemunduran semangat juang para dai'e dan bertarik tali dengan medan ini. Majulah sahabat-sahabatku di Semenanjung. Teruskanlah memacu momentum yang sedia ada. Mereka, anak-anak muda Borneo, menjadikan kita sebagai contoh dan tempat rujukan untuk mereka terus bergerak ke hadapan. Kenapa kita tidak cuba membantu mereka? Janganlah pula kita menjadi asbab kelemahan mereka untuk terus bangkit membawa suara rakyat dan suruhan Allah, gara-gara kita yang bermasalah. Renung-renungkanlah.


Gambar 6 : Ketika Program KISDAH,
bersama GAMIS PUSAT 2009/2010

Sekian, wassalam...


IKLAN : Sabah memerlukan ramai PEKERJA. Banyak KERJA KOSONG ditawarkan kepada mana-mana insan yang ingin INFAKKAN diri mereka kepada ISLAM. GAJInya adalah balasan SYURGA yang tidak tertanggung nikmatnya. MASA KERJA adalah SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN. Bermula sejak HIDUP, dan tamat apabila MATI..

Pekerja yang berjaya dari SESI TEMUDUGA ini adalah HASIL TAPISAN ALLAH.

Cepat-cepat. PELUANG KEEMASAN!!! Semoga Berjaya...



p/s : "Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju mundur. Barangsiapa yang tidak maju mundur, tentu ia akan sampai ke tempat destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu mahal. Ketahuilah, barang dagangan Allah itu adalah SYURGA."




6 comments

  1. akhtar_7 Says:
  2. "Pihak kerajaan seharusnya mula GENTAR dan RISAU melihat kebangkitan anak muda Borneo yang sudah kelihatan impaknya kini."

    kenapa mesti gentar dan risau?...sepatutunya kerajaan perlu lebih bersedia untuk menanggapi generasi yang sebegini.

    dan kita juga perlu bersedia untuk menerima dan bertahan dengan mereka apabila mereka telah berubah.

     
  3. abid_PM Says:
  4. Salam, pernah dengar mengenai kebangkitan umat Islam.

    Kebangkitan mereka umpama mendaki gunung yang tinggi, tetapi ada yang berlari, berjalan, merangkak, berguling, macam2 cara.

    ada yang menggunakan tali, ada yang dipikul,

    mereka semua sedang mendaki sebuah gunung :D

    dan puncaknya ialah kemenangan Islam :D

    insya Allah :)

     
  5. Anonymous Says:
  6. Bismillah~
    Kebangkitan anak muda di borneo cukup tidak boleh diragukan lagi semangat pendakwah dalam diri mereka mebuak-buak. Itulah impak positif.

    ----------------------------------------------------------------------
    MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
    -kembara seorang muslim-
    http://kembaraseorangmuslim.blogspot.com

     
  7. irawna Says:
  8. dengan nama allah yg maha pemurah lg maha pengasih
    bangkit2! mahasiswa!
    jgn trllu gmbira apbla brada d atas.sntiasa brsdia untk kmbli dtntang n jtuh trsungkur blamna kta smua x mmperkasa gerkn islam yg dh sdia ad..Kekalahan dan kelemahan akan wujud jika kita yang membenarkannya.
    Kebahagiaan itu akan dapat dicapai dengan jalan iktikad yang benar, yakin iman dan agama.USRAH pmgkin kkuatn grakan ISLAM!
    truskn pjuangn!

     
  9. Hidup budak-budak Tawau...haha..

     
  10. Ustaz Azrai Says:
  11. Salam.. rindukan suasana belajar di UUM.. & Alhamdulillah, syukur kpd Allah krana dilahirkan di johor.. kami disediakn pendidikan akedemik dan agama yg seimbang.. hingga ada pndpat dri teman2.. senakal2 rakyat johor, kami pasti mampu membaca jawi & quran.. TQ pada sultan krana mmentingkan pelajaran agama utk kami..

     

Post a Comment

About Me

My Photo
nurjannatul zahra
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
View my complete profile