
Zahra menerima segala leteran itu dengan hati yang terbuka. Walaupun dia masih kepenatan akibat perjalanan yang panjang sebentar tadi, dikuatkan juga semangatnya untuk terus tersenyum di hadapan saudara maranya yang ramai. Zahra banyak mendiamkan diri dan hanya sesekali bersuara apabila merasakan ada perkara yang patut dipertahankan. Sedaya upaya Zahra cuba bermanis muka agar kelakuannya tidak menyakiti hati sesiapa kerana dia tidak mahu...