Rindunya Dengan Mereka...

Posted by nurjannatul zahra Saturday, May 22, 2010


Assalamualaikum wbt dan salam sayang Lillahi Taala..

Alhamdulillah.. Diberi kesempatan menulis lagi. Kali nie, mungkin penulisanku tidak sepanjang seperti penulisanku sebelum-sebelum ini. Kali ini, daku menulis kerana sudah mula menimbulkan rasa rindu di hati. Hermmm...

Saya rindukan famili saya. Untuk pengetahuan semua, UMS mula bercuti pada 9 Mei 2010 yang lalu. Ramai yang meninggalkan kolej kediaman. Ramai yang meninggalkan bumi Labuan. Sunyi... Sepi... Diam seketika dengan suara-suara mahasiswa/i. Namun, saya masih lagi menanti sendiri di sini. Perancangan kali ini, ingin tidak pulang ke kampung halaman. Namun, atas beberapa sebab, diri ini perlu meninggalkan 'rumah keduaku' ini buat seketika. Bukan sekarang. Tapi, mungkin akan pulang ke Kedah pada 9 atau 10 Jun 2010 yang akan datang. Kepulangan kali ini, sedikit sebanyak akan mengubat rindu di hati kerana hampir 1 tahun tidak pulang ke kampung halaman. Dan ketika itu jugalah, khabar berita famili hanya diperolehi melalui telefon saja. Rindunya...


Famili yang sangat saya sayangi dan rindui

Saya juga rindukan sahabat-sahabat seperjuangan saya di kampus ini. Bagaimana mereka?? Bez ka cuti mereka?? Sahabat, ketahuilah, dirimu sentiasa di hatiku. Kenangan bersama sentiasa membuatkan diriku terlalu merindui kamu semua. Walaupun daku sendiri di kampus, namun diri ini tahu, diriku sentiasa bertakhta di hatimu jua. InsyaAllah... Terima kasih dengan jagaan dan kasih sayang yang telah kamu semua berikan kepada saya, adik kalian, yang termuda sekali. Maaf dipohon kerana banyak menyusahkan kalian selama ini. Sahabat-sahabatku; Pah, Paezah, Yani, Fiza, Bibing dan Siti Zu; anda semua memang membuat hati ini tersenyum sendiri apabila mengenang kembali kisah kita bersama. Kalian memang yang terbaik. Aida sayang sangat dengan kalian.....


Ketika pertemuan pertama di UMSKAL


Kartun yang menggambarkan ukhwah kami bersama

Saya juga rindukan sahabat-sahabat sekolah dan matrik saya. Sahabat yang pernah bersama-sama saya, sahabat yang pernah mendewasakan saya, sahabat yang pernah memujuk hati ini untuk terus kuat. Di mana kalian? Saya begitu sedih melihat perubahan kamu semua. Hati ini ingin cepat pulang supaya kita dapat bersua muka dan menitip sedikit peringatan-peringatan Allah kepada kalian. Diri ini disalahkan atas perubahan anda semua. Berikan diri ini peluang untuk membantu kalian kembali ke jalanNya, walaupun secara hakikatnya, diri ini tidak layak kerana bekas-bekas dosa yang tidak kunjung tiba. Maafkanlah diri ini, wahai sahabat-sahabatku...


Sahabat-sahabat Pusat Islam,
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun



Sahabat-sahabat sekolah saya

Saya juga terlalu rindukan kakak-kakak, abang-abang, guru-guru, dan pensyarah-pensyarah yang telah banyak mendidik dan mengajar erti perjuangan dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya tidak akan terlibat dengan medan dakwah ini. Dan tanpa mereka, hingga ke sudah saya tidak akan faham mengenai erti perjuangan yang menuntut pengorbanan. Jihad semata-mata kerana CINTA, bukan kerana cinta yang didasari hawa nafsu. Mereka telah banyak menabur bakti dan jasa kepada saya. Terima kasih semua. Kenangan bersama akan saya potretkan dalam kamus hidup saya untuk selamanya.

Akhi-akhi yang saya kagumi sehingga kini


Kakak-kakak yang sangat saya kasihi dan rindui

Wallahu 'alam..

Assalamualaikum wbt dan salam rindu dari perantauan

DOA RABITAH

اللهم انك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك، والتقت على طاعتك، وتوحدت على دعوتك، وتعاهدت على نصرة شريعتك، فوثق اللهم رابطتها، وأدم ودها، واهدها سبلها، واملئها بنورك الذى لا يخبو، واشرح صدورها بفيض الإيمان بك، وجميل توكل عليك، واحيها بمعرفتك، وأمتها على الشهادة فى سبيلك، إنك نعم المولى ونعم النصير.

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana kecintaan kepadaMu, mereka telah bertemu kerana mentaatiMu, mereka telah bersatu kerana dakwahMu, mereka telah berjanji untuk menolong menegakkan syariatMu..

Oleh itu Ya Allah..

Eratkanlah hubungan ikatan ini, teruskan kasih sayangnya, berilah petunjuk untuknya.

Ya Allah.. penuhilah hati ini dengan cahayaMu yang tidak padam-padam, terangkanlah hati ini dengan limpahan iman dan tawakkal kepadaMu, hidupkanlah hati ini dengan mengenaliMu..

DAN matikanlah kami sebagai syaheed di jalanMu..

Engkaulah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong..!

2 comments

  1. Mudah2an Rindu itu akan membuat kita lebih menghargai dan lebih menyayangi..insyaAllah..'-'

     
  2. Naim Says:
  3. salam aidakusyg

    yana rindu aida jugak
    slamat bjuang. moga sling mnguatkn wpun kita dah jauh tpisah

    uhibbukifillah

     

Post a Comment

About Me

My Photo
nurjannatul zahra
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
View my complete profile